Inilah Kehebatan Otak Yang Jarang di Expose Oleh Media Masa

Dalam anatomi haiwan, Otak atau encephalon, adalah sentral supervisori dari sistem saraf. Walaupun otak disebut sebagai pusat supervisori dari sistem saraf sentral vertebrata, istilah yang sama juga dapat digunakan untuk sistem saraf sentral pada invertebrata. Pada kebanyakan haiwan, otak terletak pada kepala.

Otak mengatur dan menyelia sebagian besar, gerakan, perilaku dan fungsi tubuh homeostasis seperti denyupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cairan tubuh dan suhu tubuh. Otak juga bertanggung jawab atas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan, pembelajaran motorik dan segala bentuk pembelajaran yang lain.

Otak terbentuk dari dua jenis sel: Glia (neuroglia) dan Neuron. Glia berfungsi untuk menunjang dan melindungi neuron, manakala neuron membawa informasi dalam bentuk saluran elektrik yang dikenali sebagai potensial aksi. Mereka berkomunikasi dengan neuron yang lain dan ke seluruh tubuh dengan menghantar pelbagai jenis bahan kimia yang disebut neurotransmitter.

Neurotransmitter ini dihantar pada celah yang di kenali sebagi sinapsis. Avertebrata seperti serangga mungkin mempunyai jutaan neuron pada otaknya, vertebrata besar boleh mempunyai hingga seratus bilion neuron.

OTAK DEPAN
.Bahagian yang paling menonjol dari otak adalah otak di bahagian depan. Otak besar terdiri dari dua bahagian, iaitu bahagian kiri dan kanan. Setiap bahagian mengatur dan mengawal tubuh yang berlawanan, iaitu bahagian kiri mengatur dan mengawal tubuh bahagian kanan, sebaliknya bahagian kanan mengatur dan mengawal tubuh bahagian kiri.

Jika otak belahan kiri mengalami gangguan maka tubuh bagian kanan akan mengalami gangguan, sehingga boleh menyebabkan kelumpuhan. Setiap bahagian otak besar dibahagikan menjadi empat lobus iaitu frontal, pariental, okspital dan temporal. Antara lobus frontal dan lobus pariental dipisahkan oleh sulkus sentralis atau celah Rolando.

Otak depan tersusun atas dua lapisan iaitu, lapisan luar (korteks) dan lapisan dalam.
.1. Lapisan luarLapisan luar merupakan lapisan tipis bewarna kelabu. Lapisan ini berisi badan sel saraf. Permukaan lapisan korteks berlipat-lipat, sehingga permukaanya menjadi lebih luas. Lapisan korteks terdapat pelbagai jenis pusat saraf.

2. Lapisan dalamLapisan dalam merupakan lapisan yang bewarna putih. Lapisan dalam banyak mengandung serabut saraf, iaitu Dendrit dan Neurit.

Otak depan merupakan pusat saraf utama, kerana memiliki fungsi yang sangat penting dalam pengaturan semua aktiviti tubuh, khususnya berkaitan dengan kepandaian, kecerdikan, ingatan, kesedaran dan pertimbangan. Secara terperinci, aktiviti tersebut dikendalikan pada daerah yang berbeza. Di depan celah tengah (sulkus sentralis) terdapat daerah motor yang berfungsi mengatur gerakan kesedaran. Bahagian paling bawah pada korteks motor tersebut mempunyai hubungan dengan kemampuan bercakap. Daerah Anterior pada lobus frontalis berhubung dengan kemampuan berfikir. Di belakang (Posterior) sulkus entralis merupakan daerah pancaindera.

Pada daerah ini pelbagai sifat perasaan dirasakan dan kemudian ditafsirkan. Daerah pendengaran (auditori) terletak pada lobus temporal. Di daerah ini, kesan atau suara diterima dan diinterpretasikan. Daerah deria rasa penglihatan terletak pada ujung lobus oksipital yang menerima bayangan dan seterusnya bayangan itu ditafsirkan. Manakala pusat deria rasa bau terletak di lobus temporal bagian hujung anterior.

Hipotalamus dan Talamus berada di hadapan otak yang juga mempunyai fungsinya tersendiri. Hipotalamus merupakan daerah kecil yang terletak di dalam otak di bahagian depan dan hanya memiliki berat beberapa miligram sahaja. Hipotalamus juga berperanan sebagai pusat pengatur Homeostasis tubuh, misalnya berkaitan dengan pengaturan suhu tubuh, rasa dahaga, rasa lapar dan kenyang, pengeluaran urin, pengaturan pengeluaran hormon dari kelenjar pituitari bahagian anterior dan posterior, serta perilaku reproduktif.

Talamus pula terletak di sebelah atas hipotalamus, berperanan sebagai stasiun relay untuk informasi pancaindera yang disalurkan ke otak besar. Jadi, talamus akan menyeleksi dan menyalurkan implus-implus sensori yang penting menuju ke otak besar.

OTAK TENGAH
.Otak tengah (diensefalon) manusia agak kecil dan terletak di depan otak kecil. Bahagian terbesar dari otak tengah pada sebagian besar Vertebrata adalah lobus optikus yang ukrannya pula berbeza-beza. Pada mamalia (termasuk manusia) terdapat korpora kuadrigemina (sebagai lobus optikus pada Vertebrata tingkatan rendah) yang berfungsi membantu koordinasi gerak mata, ukuran anak mata dan refleks pendengaran tertentu.

Selain itu, otak tengah mengandungi pusat-pusat yang mengendalikan keseimbangan dan serabut saraf yang menghubungkan bahagian otak belakang dengan bahagian otak depan. Otak tengah merupakan bahagian atas batang otak. Kesemua susunan serabut saraf yang membawa informasi sensori sebelum memasuki talamus akan melalui otak tengah.

OTAK BELAKANG
.
Otak belakang meliputi Varol (pons Varolii), sumsum lanjutan (medula oblongata) dan otak kecil (serebelum). Ketiga bagian ini membentuk batang otak.

1. Pons VaroliiPons Varolii berisi serabut saraf yang menghubungkan lobus kiri dan kanan otak kecil serta menghubungkan otak kecil dengan konteks otak besar.

2. Serat saraf lanjutan (Medula Oblongata)Serat saraf lanjutan atau medula oblongata membentuk bagian bawah batang otak serta menghubungkan pons Varoli dengan serat saraf tulang belakang (Medula Spinalis). Serat saraf lanjutan berperanan sebagai pusat pengatur pernapasan dengan cara meneruskan implus saraf yang merangsang otot antara tulang rusuk dan diafragma.

Selain itu, ia juga berperanan sebgai pusat pengatur refleks fisiologi, seperti denyutan jantung, tekanan udara, suhu tubuh, pelebaran atau penyempitan pembuluh darah, gerak alat pencernaan, dan mengawal kelenjar pencernaan. Fungsi lainnya ialah mengatur gerak refleks, seperti batuk, bersin, dan berkelip.

Di antara serat saraf lanjutan terdapat talamus yang terdiri atas dua tonjolan. Peranan talamus ini sebagai tempat meneruskan implus ke daerah sensori pada korteks otak besar untuk disatukan.

Selain itu, talamus memiliki hubungan ke pelbagai bahagian otak sehingga merupakan tempat lalu lintas implus di antara bahagian otak dan serebrum.
.
OTAK KECIL
.Otak kecil (Cerebellum) merupakan bahagian terbesar otak belakang. Otak kecil ini terletak di bawa lobus oksipital serebrum. Otak kecil terdiri atas dua belahan dan permukaanya berlekuk-lekuk. Fungsi otak kecil adalah untuk mengatur sikap atau posisi tubuh, keseimbangan, dan koordinasi gerakan otot yang terjadi secara sadar. Jika terjadi cedera pada otak kecil, dapat mengakibatkan gangguan pada sikap dan koordinasi gerak otot. Gerakan menjadi tidak terkoordinasi, misalnya orang tersebut tidak mampu memasukkan makanan ke dalam mulutnya.

FAKTA TENTANG OTAK MANUSIA
.1. Otak manusia adalah struktur pusat pengaturan yang memiliki volume sekitar 1.350cc dan terdiri atas 100 juta sel saraf atau neuron. Otak manusia bertanggung jawab terhadap pengaturan seluruh badan dan pemikiran manusia. Oleh itu, terdapat kaitan erat antara otak dan pemikiran.

2. Ketika dilahir seorang bayi memiliki 1,000,000,000,000 ( satu trilion) sel otak (neuron). Bandingkan dengan jumlah penduduk bumi abad 21 sebanyak 6,000,000,000. Ini bererti dalam kepala bayi terdapat sel otak sebanyak 166 kali ganda jumlah manusia yang tinggal di bumi ini.

3. Setiap sel otak memiliki ratusan dan ribuan cabang yang hampir sama seperti sotong kurita yang berukuran mikro.

4. Setiap sel otak juga berisi dendrit (satu daripada cabang pendek unjuran badan sel sesuatu neuron) yang mengandung ribuan zat kimia. Antara fungsinya ialah membawa pesan di antara sel otak, kesemua informasi dalam setiap fikiran, setiap pengalaman belajar dan setiap daya ingatan yang dimiliki.

Contoh: Ketika kita berfikir, sebuah gelombang elektromagnetik akan bergerak turun ke cabang sel otak, memicu zat kimia di dalam salah satu kulat, yang kemudian dengan cepat menyeberangi jarak pendek untuk memacu zat kimia di dalam spina dendrit lainnya. Kemudian ianya memacu respons elektromagnetik dari sel otak sebelahnya. Proses ini berjalan terus sehingga membentuk jejak tapak yang menyerupai jejak tapak berliku-liku di dalam hutan besar. Manakala kecepatan gerak zat kimia ini jika dilihat bagaikan sebuah air terjun yang mengalir deras.

4. Setekah dibuat kajian, jumlah jejak fikiran ini jika dibuat bentuk teks normal akan membentuk deretan angka sepanjang 10,5 juta kilometer panjangnya.

Dengan begitu banyaknya kemungkinan tersebut otak manusia, jika seumpama keyboard dapat memainkan ratusan juta melodi, tidak seorangpun yang masih hidup yang pernah menggunakan otak secara maksima. Kerana kekuatan otak manusia ini tiada batasannya.

5. Kebanyakan manusia menggunakan 3% kapasiti otaknya manakala orang yang cerdik pula menggunakan 4%.

6. Kesemua serangga, ikan, burung atau haiwan lain memiliki sel otak yang sama dengan yang manusia. Hanya jumlahnya lebih sedikit. Jumlah sel otak yang dimiliki inilah yang menentukan kecerdasan sesuatu makhluk hidup.

7. Seekor lebah memiliki kurang dari 1,000,000 sel otak. (1/1,000,000 jumlah yangg dimiliki manusia). Perkara yang dapat dilakukan oleh seekor lebah adalah: Terbang, berkelahi, melihat, mendengar, mencium, merasa, meraba, menyentuh, membuat rumah, mengendalikan suhu, menghitung, melindungi, berjalan, berlari, mengingat, bermain, mengasuh, berkembang biak, bekerja secara konstruktif dan koperatif dalam sebuah komuniti.
.
Jika seekor lebah dengan jumlah sel otak kurang dari satu juta dapat melakukan kesemua ini, fikirkanlah apa yang boleh dilakukan oleh manusia.

8. Semasa kecil dalam otak manusia terjadi suatu letupan. Ketika itu, setiap sel otak (neuron) yang jumlahnya berjuta-juta mengeluarkan sejumlah serat yang sangat halus dan kecil ke seluruh arah, mencari dan membuat sambungan dengan ribuan sehingga puluhan ribu sel otak lainnya. Ini yang dinamakan interkoneksi. Proses ini kemudian berlanjutan seterusnya seumur hidup. Ketika dilahirkan jumlah sel otak manusia tidak akan bertambah lagi. Yang akan bertambah hanyalah jumlah interkoneksi sahaja.

Yang menentukan kecerdasan seseorang bukan jumlah sel otaknya. Sel otak manusia sudah memiliki kapasiti yang jauh lebih dari sekadar seorang yang bijak. Namum, kecerdasan seseorang adalah jumlah interkonkesi sel otak ini. Jumlah interkoneksi ini sebahagian besar ditentukan oleh mutu yang sangat baik dari makanan otak. Antara makanan terbaik otak adalah oksigen, nutrisi, kasih sayang, zikir, doa dan Informasi.

Sumber : kterengganu.blogspot.com

0 Response to "Inilah Kehebatan Otak Yang Jarang di Expose Oleh Media Masa"

Post a Comment