Pernahkah anda terfikir mengapa orang yang sedang dilamun cinta boleh
mengambil tindakan yang tidak waras dan sukar difahami, termasuklah
berani untuk mengadakan hubungan sulit di luar perkahwinan
Pakar neurologi cuba merungkai perkara itu dengan melakukan kajian ke atas apa yang berlaku pada otak ketika seseorang itu sedang dilamun cinta
Mereka mengimbas apa yang berlaku di dalam otak, selain memetakan perubahan kimia pada bahagian otak yang aktif dan bahagian yang tidak aktif apabila seseorang mengalami perasaan itu
Hasil kajian mendapati bagaimana seseorang yang bercinta boleh menjadi gemuruh dan tidak stabil
Mereka mendapati korteks hadapan otak yang membuat pertimbangan, menjadi tidak aktif apabila seseorang itu bercinta
”Apabila anda melihat seseorang yang anda sukai, beberapa bahagian otak menjadi aktif. Namun, satu bahagian besar lagi menjadi tidak aktif iaitu otak yang membuat pertimbangan,” kata Profesor Neuroaestetik, Kolej Universiti London, Semir Zeki
Beliau percaya otak bertindak sedemikian untuk melaksanakan ‘tujuan biologikal lebih tinggi’ iaitu untuk membolehkan proses ‘pembiakan’ berlaku
Imbasan otak juga menunjukkan ketika bercinta, bahagian otak yang mengawal ketakutan dan perasaan negatif tidak berfungsi dan ia menerangkan mengapa seseorang ‘tetap gembira’ dan tidak takut apa akan berlaku apabila dilamun percintaan.
‘Kegilaan’ ini juga dikatakan menyebabkan orang yang bercinta sukar menerima nasihat daripada rakan-rakan untuk tidak meneruskan hubungan sulit di luar perkahwinan – AGENSI
Refereensi

0 Response to "Mengapa Otak Orang yang Dilamun Cinta Tidak Stabil ?"
Post a Comment