Otak
menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf
yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang
lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita
peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang
tidak terbatas.
Oleh
itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat
Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut
berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan
turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang
sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama
aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otak
mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk
melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil
kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam
majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang
dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian
imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang
sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan
yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya
0 Response to "Inilah Dampak Positif dari Amalan Zikir Terhadap Otak "
Post a Comment